Tuesday, November 11, 2008

Lonjakan ISMA PEMBINA dan KRIM

Baru-baru ini, ISMA di setiap kawasan diarahkan oleh ISMA Pusat untuk melaksanakan lonjakan ISMA yang padu di setiap kawasan. Jadi, pihak kami memikirkan insya Allah penggarapan ISMA ke seluruh minda dan jiwa masyarakat terutama di Malaysia mampu dijelmakan melalui salah satu cara iaitu dengan mempromosikan “brand” ISMA itu sendiri. Promosi ! Promosi ! Promosi ! ISMA ! ISMA !ISMA !
PEMBINA dan KRIM juga harus digerakkan tanpa henti. Terus keluar daripada “Comfort Zone”.
Oleh itu, BADGE ISMA, PEMBINA da KRIM sangat berfaedah membantu dalam memberi sedikit sumbangan dalam menyebarluaskan imej dan kredibiliti ISMA.
BADGE ISMA mampu memperkenalkan NAMA ISMA di seluruh pelusuk tanahair di Malaysia.
BADGE ISMA boleh dipakai di mana sahaja sama ada bersama baju melayu, baju kot, baju sukan, beg dan lain-lain.
BADGE PEMBINA sangat ampuh dalam memberi sedikit perkenalan kepada masyarakat bahawa ada persatuan belia islam yang mampu membawa para belia hidup di bawah landasan islam yang syumul.
BADGE KRIM juga efektif dan mampan dalam melaksanakan konsep takungan meluas dalam gerak kerja menarik remaja mendekati Wadah KRIM.
Laman Web ISMA, PEMBINA dan KRIM boleh diperkenalkan dengan pemberian badge kepada masyarakat.

Selain itu, Harga satu badge = RM2.50 mampu memberi sedikit sumbangan dalam bentuk sumber ekonomi kepada KELAB. Jika pembelian berlaku sebanyak 120 badge maka, ANDA sudahpun mendapat keuntungan kasar sebanyak RM1.00 x 120 = RM120.00 jika badge dijual pada harga RM3.50 satu.
BAYANGKAN JIKA SETIAP BADGE DIJUAL DENGAN HARGA RM4.00,
KEUNTUNGAN MENJADI RM180.00!

“Bukan sasaran ekonomi, tetapi strategi berfikir di luar kotak”.

No comments: